SELAMAT DATANG

Sharing

Selamat datanf di lapak MAKRIFATBUSINESS untuk order bisa melalui marketipace Shopee Tokopedia Bukalapak Lazada dengan nama lapak makrifatbusiness atau order via WA 08123489038 email : imronpribadi1972@gmail.com

Cari Disini

Translate

Daftar ISI Produk


11 Februari 2013

Apa dia 5S?


Apa dia 5S?

sumber artikel http://sukses5s.blogspot.com

Apa dia 5S ? ada juga yang mengenalinya dengan Persekitaran Berkualiti (QE), oleh itu 5S/QE adalah perkara yang sama dan amalan ini telah dimulakan di negara Jepun.  Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan (Kaizen).
Konsep Amalan 5S di Malaysia mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980-an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional (seperti kilang-kilang yang berasal dari Jepun seperti Toyota dan seumpamanya). Kini dalam tahun 2000an banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam pula telah mengamalkan Amalan 5S. Bagi memperolehi pengiktirafan Pelaksanaan Amalan 5S - satu sijil akan dikeluarkan setalah mematuhi proses pengauditan 5S oleh satu badan yang dikenali sebagai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) - dahulunya dikenali sebabagi NPC. Dan kini bagi agensi-agensi sektor awam boleh juga memperolehi pengiktirafan/pensijilan 5S dari MAMPU(Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia)

Penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S‟ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal....ingin lebih detail, rujuklah dokumen-dokumen yang telah KyRe@tiF kongsikan ini seperti Amalan 5S MAMPU, MPC, MBSA dan lain-lain. Tetapi kalau nak lagi mudah faham dan informasi yang menarik, marilah daptatkan eBook : 5S YES - Tips & Panduan Amalan Berkesan 5S..... apa tunggu lagi..

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 Tanggapan:

Posting Komentar

Item Reviewed: Apa dia 5S? Rating: 5 Reviewed By: M Imron Pribadi